An-Najwa ONLine
Home
Art & Calligraphy
Cerita Tauladan
Ahlissunnah Wal Jamaah
Persoalan Semasa
Persoalan fiqah wanita
Masa Hamil
DARAH ISTIHADHAH
DARAH NIFAS
DARAH HAID
Ilmu Usuluddin
Bicara Tasawwuf
Muqoddimah
Kehamilan Wanita

Masa Hamil (mengandung)

 

Sekurang-kurang masa seseorang perempuan itu hamil (mengandung) ialah enam bulan.dan sebanyak-banyak masanya ialah empat tahun dan pada kebiasaannya ialah sembilan bulan.

 

Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibunya didalam masa kandungan sembilan bulan biasanya kanak-kanak itu hidup, dan kanak-kanak yang dikandung oleh ibunya hanya selama lapan bulan, biasanya pula kanak-kanak itu mati, tetapi ini bukan berma`na bahawa kanak-kanak yang dikandung oleh ibunya hanya lapan bulan itu mesti mati, bukan.. kerana nabi Isa A.S dikandung oleh ibunya Siti Maryam hanya lapan bulan.( haqiqatnya hidup dan matinya seseorang itu hanya haq milik mutlak Allah Ta`ala).

 

Ada juga perempuan yang hamil (mengandung) sampai tiga tahun atau empat tahun. Tersebut didalam satu khabar yang diceritakan oleh Al-laist Bin Saad, bahawa ada seorang perempuan yang mengandung sampai lima tahun. ( dalam satu riwayat mengatakan imam Syafie R.A dikandung oleh ibunya selama empat tahun).

 

 

Rahim Perempuan

 

Tersebut didalam kitab Al-Bujairimi :- Rahim perempuan adalah satu jenis kulit di dalam rahim perempuan, dan di dalam rahim itulah tempat masuknya air mani lelaki (yang bakal menjadi anak), dan setelah air mani lelaki masuk kedalam rahim itu maka pintu rahim itu pun tertutup serta tidak masuk lagi air mani yang lain.

 

Seba itulah Allah Ta`ala tidak menjadikan seseorang kanak-kanak itu daripada dua air mani. Di dalam rahim itulah tempat janin dikandungkan sehingga tiba masa dilahirkannya.

 

Syidina Ali Bin Abi Tholib pernah berkata ;-

 

Sesungguhnya rahim perempuan itu ada padanya beberapa mulut dan pintu. Apabila masuk air mani lelaki kedalam rahim perempuan melalui satu pintu, maka Allah menjadikan kepadanya seorang anak. Dan apabila air mani lelaki tadi masuk kedalam rahim perempuan melaui dua pintu, maka Allah jadikan pula dua anak. Begitu juga jika air mani lelaki itu masuk kedalam rahim perempuan melaui tiga pintu, maka Allah jadikan padanya beberapa orang anak.

 

Sebab itulah kita dengar ada perempuan yang melahirkan anaknya yg kembar dua , tiga atau lebih.wallahua`lam.

 

Air Mani Yang Masuk Kedalam Rahim Perempuan

 

Ibnu Masud R.A berkata ;-

 

Apabila Allah Ta`ala menghendaki air mani yang masuk kedalam rahim perempuan itu menjadi seorang manusia, maka air mani itu akan meresap keseluruh kulit perempuan, kebawah kuku dan bulunya selama 40 malam. Selepas itu air mani itu tadi akan turun kerahim perempuan itu untuk menjadi darah.

 

Didalam sebuah Hadis yang sohih ada menyebutkan :-

 

Allah Ta`ala menyuruh malaikat pergi kerahim perempuan untuk mengambil air mani yang telah tersimpan didalam rahim perempuan tadi, maka malaikatpun meletakkan air mani itu ditapak tangannya lalu berkata : Wahai Tuhanku adakan air mani ini akan dijadikan seorang manudia atau tidak ? Jika Allah ta`ala menjawab tidak, maka air mani itu dimasukkan kembali kedalam rahim perempuan itu. Dan jika Allah Taala menjawa ya` maka malaikatpun bertanya kepada Allah, adakah air mani ini akan dijadikan manusia lelaki atau perempuan? Dan adakah dijadikan manusia yang cilaka atau bahagia ? dan bagaimana pula mengenai rezeki dan ajalnya?

 

Allah Ta`ala menjawab : Lihatlah dalam Luh Mahfuz, disana engkau akan dapati segala perkara yang engkau tanyakan itu.selepas itu air mani tadi digongcang (oleh malaikat) dengan tangan kanannya. Maka air mani itu menjadi segumpal darah selapa empat puluh hari, kemudian digingcangnya pula dengan tangan kirinya, maka darah itu menjadi seketul daging selama 40 hari juga, kemudian menjadi tulang.

 

( Ruj Kitab: Al-Bujairimi )

 

 

Kejadian Manusia

 

Mula-mula anggota yang dijadikan oleh Allah Ta`ala ialah tulang diantara dua papan punggug, iaitu tulang yang sangat kecil seperti biji sawi ditongkeng manusia (tulang sulbi). Dan tulang itulah yang menjadi benih manusia dikala bangkit daripada kubur nanti.

 

Pada hari yang pertama dijadikan (oleh Allah Ta`ala) akan anak jari dan tapak tangan, pada hari yang kedua dijadikan kepala, pada hari yang ketiga dijadikan tangan dan kaki, pada hari yang keempat dijadikan pula sebanyak 240 kerat tulang, 48 urat putih, 360 urat yang menjalar yang sebahagiannya diam dan sebahagian yang lain pula bergerak-gerak, dan sebahagiannya berisi darah dan sebahagiannya berisi angin. Pada hari yang kelima dijadikan kulit, pada hari yang keenam dijadikan pula bulu dan kuku, pada hari yang ketujuh dijadikan hidung, pada hari yang kelapan dijadikan pula lidah dan pada hari yang kesembilan ditiupkan padanya RUH (nyawa).

 

Bersambung

Enter content here

Enter supporting content here