An-Najwa ONLine
Home
Art & Calligraphy
Cerita Tauladan
Ahlissunnah Wal Jamaah
Persoalan Semasa
Persoalan fiqah wanita
Masa Hamil
DARAH ISTIHADHAH
DARAH NIFAS
DARAH HAID
Ilmu Usuluddin
Bicara Tasawwuf
Muqoddimah
Feqah

Persoalan Fiqah Wanita

 

 

Tajuk : Darah yang keluar daripada faraj (kemaluan) perempuan

 

 

Sesungguhnya darah yang keluar dari faraj (kemaluan) perempuan itu ada 3 jenis :-

 

  1. Darah Haid
  2. Darah Nifas
  3. Darah Istihadhah (Penyakit)

 

Pengenalan.

 

Darah Haid

 

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj ( kemaluan ) perempuan diwaktu sihat yang bukan dengan sebab beranak.

 

Darah Nifas

 

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj (kemaluan) perempaan mengiringi anak (sewaktu melahirkan anak ).

 

Darah Istihadhah (penyakit)

 

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj ( kemaluan) perempuan yang bukan pada hari haid dan nifas.

 

 

Huraian ;-

 

Kedudukan Darah Nifas

 

Darah nifas ialah darah haid yang berhimpun di dalam rahim perempuan yang tidak datang haid kerana hamil (mengandung). Darah nifas itu adalah kumpulan darah haid yang berhimpun di dalam rahim perempuan yang sedang hamil, oleh itu perempuan yang sedang hamil terkadang-kadang keluar juga daripada rahimnya darah haid yang berhimpun di dalam rahim tadi. Sebab itulah Ulama Fuqaha` tidak mengemukakan dalil yang khusus mengenai darah nifas. ianya kerana sudah cukup dan memadai dengan dengan dalil haid sahaja.

 

Kedudukan Darah Istihadhah

 

Darah istihadhah pula ialah darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada didalam faraj (hampir dengan rahim) perempuan dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga kelurnya darah nifas.Darah istihadhah ini menyebabkan terbatholnya wudu`(air sembahyang) tetapi tidak mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar)dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat, puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu tadi mengerjakan segala a`malan yang difardukan itu seperti biasa, Cuma sebelum berwudu` maka hendaklah ia membasuh farajnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.

 

Dalam masaalah ini , apabila seseorang perempuan itu keluar darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat farajnya dengan kapas atau seumpamanya (lampin khas) dan seeloknya direnjis sedikit pewangi pada penyumbatnya itu.

 

Selepas itu barulah perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu berwudu` atau bertayamum, tetapi perlu diingat tidak harus bagi mereka berbuat demikin kecuali setelah masuk waktu solat, kerana perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu adalah seperti orang yang berkekalan hadas.

 

Jika seseorang perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu berlengah-lengah atau menangguhkan sembahyangnya tanpa sesuatu tujuan yang berkaitan dengan sembahyangnya, maka tidaklah sah bahkan bathol wudu`nya itu dan wajib mengulanginya kembali.

 

Justeru itu, wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu memperbaharui wudu`nya pada tiap-tiap solat fardu, sekalipun solat fardu itu dengan sebab nazar dan wajib juga ia tukarkan penyumbat atau lampin farajnya itu pada setiap kali sembahyang fardu walaupun tidak keluar darahnya dari lubang faraj dan tidak meleleh ditepi farajnya itu. Ini kerana perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu adalah seperti hukum orang yang da`imul hadas (orang yg sentiasa berhadas).

 

.

bersambung di dalam tajuk DARAH HAID

 

Enter content here

Enter supporting content here