An-Najwa ONLine
Home
Art & Calligraphy
Cerita Tauladan
Ahlissunnah Wal Jamaah
Persoalan Semasa
Persoalan fiqah wanita
Masa Hamil
DARAH ISTIHADHAH
DARAH NIFAS
DARAH HAID
Ilmu Usuluddin
Bicara Tasawwuf
Muqoddimah
DARAH HAID

Darah Haid

 

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj ( kemaluan ) perempuan diwaktu sihat yang bukan dengan sebab beranak

 

Huraian :-

 

Sekurang-kurang masa haid ialah sehari semalam dan kebiasaaannya ialah enam hari enam malam atau tujuh hari tujuh malam . Bermula sebanyak-banyak masa haid itu ialah lima belas hari beserta malamnya.

 

Masa Suci Diantara Dua Haid

 

Sekurang-kurang suci diantara dua haid itu ialah 15 hari beserta malamnya. Dan sebanyak-banyaknya pula tidak ada perbatasannya . (masa suci tidak ada perbatasan).

 

Dalam masaalah masa sebanyak-banyak kedatangan haid itu tidak ada batasan ini kerana perempuan itu terkadang-kadang haid dalam setahun hanya sekali bahkan ada juga perempuan-perempuan yang kedatangan haid seumur hidupnya hanya sekali sahaja.

 

Masa-masa kedatangan haid itu adalah berdasarkan pemeriksaan (kajian) Ulama fuqaha` yang diriwayatkan oleh syidina Ali Bin Abi Tholib R.A, dan telah dicatatkan oleh imam Syafie didalam kitabnya bersandarkan dalil sabda Nabi S.A.W kepada hamnah bte jahsh :-

 

Engkau kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah didalam pengetahuan Allah Taala, kemudian engkau mandilah dan apabila telah engkau ketahui akan diri engkau telah suci dan bersih maka hendaklah engkau sembahyang dan berpuasa selama dua puluh empat atau dua puluh tiga hari dalam sebulan yang demikian adalah memadai bagi engkau . begitulah hendaknya engkau perbuat ditiap-tiap bulan sebagaimana suci mereka itu bagi masa haid dan masa sucinya.

 

(H.Riwayat : Abu daud dan Tarmizi dan katanya Hasan lagi Sahih )

 

Begitu juga dengan sebanyak-banyak masa haid iaitu 15 hari 15 malamadalah dengan istiqra` Fuqaha` .

Enter subhead content here

Enter content here

Enter supporting content here