An-Najwa ONLine
Home
Art & Calligraphy
Cerita Tauladan
Ahlissunnah Wal Jamaah
Persoalan Semasa
Persoalan fiqah wanita
Masa Hamil
DARAH ISTIHADHAH
DARAH NIFAS
DARAH HAID
Ilmu Usuluddin
Bicara Tasawwuf
Muqoddimah
DARAH NIFAS

Darah Nifas

 

Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj (kemaluan) perempaan mengiringi anak (sewaktu melahirkan anak ).

 

 

Huraian :-

 

Menurut pengarang kitab Al-Minhaj, sekurang-kurang nifas itu ialah satu lahzoh (sekelip mata), ini adalah kinayah (ibarat) daripada sebentarnya keluar darah nifas itu.

 

Bagi pengarang kitab Al-Raudhah pula. Mengikut pendapat imam Al-Rofie nifas itu sekurang-kurang masanya tidak ada perbatasan ( ketetapan), hanya yang adanya ialah masa perbatasan banyaknya iaitu sebanyak-banyak masa nifas itu ialah 60 hari dan 60 malam (2 bulan), ini juga berdasarkan istiqra` fuqaha` (kajian ulama fiqah).

 

Di dalam masaalah ini berkata oleh Syiekh Al-Auzaei : Disisiku ada seorang perempuan yang diketahui nifasnya selama 2 bulan (60 hari).

 

Berkata oleh Guru Imam Malik Al-Robi`ah ; kebbanyakan perempuan itu kedatangan nifasnya selama 60 hari dan kebiasaannya pula ialah 40 hari.

 

Dalilnya berdasarkan sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A`ha :-

 

Adalah orang-orang perempuan yang kedatangan nifas dizaman rasulallah S.A.W duduk berdiam diri selepas nifasnya selama 40 hari.

 

(Riwayat : Abu Daud dan Tarmizi dan mensahihkan oleh al-hakim )

Enter subhead content here

Enter content here

Enter supporting content here