Persoalan
Fiqah Wanita
Tajuk
: Darah yang keluar daripada faraj (kemaluan) perempuan
Sesungguhnya darah yang keluar dari faraj (kemaluan) perempuan
itu ada 3 jenis :-
- Darah
Haid
- Darah
Nifas
- Darah
Istihadhah (Penyakit)
Pengenalan.
Darah Haid
Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj ( kemaluan
) perempuan diwaktu sihat yang bukan dengan sebab beranak.
Darah Nifas
Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj
(kemaluan) perempaan mengiringi anak (sewaktu melahirkan anak ).
Darah Istihadhah (penyakit)
Ta`arifnya : ialah darah yang keluar daripada faraj
( kemaluan) perempuan yang bukan pada hari haid dan nifas.
Huraian ;-
Kedudukan Darah Nifas
Darah nifas ialah darah
haid yang berhimpun di dalam rahim perempuan yang tidak datang haid kerana hamil (mengandung). Darah nifas itu adalah kumpulan
darah haid yang berhimpun di dalam rahim perempuan yang sedang hamil, oleh itu perempuan yang sedang hamil terkadang-kadang
keluar juga daripada rahimnya darah haid yang berhimpun di dalam rahim tadi. Sebab itulah Ulama Fuqaha` tidak mengemukakan
dalil yang khusus mengenai darah nifas. ianya kerana sudah cukup dan memadai dengan dengan dalil haid sahaja.
Kedudukan Darah Istihadhah
Darah istihadhah pula ialah
darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit
yang berada didalam faraj (hampir dengan rahim) perempuan dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi
anak dan dari situ juga kelurnya darah nifas.Darah istihadhah ini menyebabkan terbatholnya wudu`(air sembahyang) tetapi tidak
mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar)dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang
seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat, puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan
darah istihadhah itu tadi mengerjakan segala a`malan yang difardukan itu seperti biasa, Cuma sebelum berwudu` maka hendaklah
ia membasuh farajnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.
Dalam masaalah ini , apabila
seseorang perempuan itu keluar darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat farajnya dengan kapas atau seumpamanya (lampin
khas) dan seeloknya direnjis sedikit pewangi pada penyumbatnya itu.
Selepas itu barulah perempuan
yang kedatangan darah istihadhah itu berwudu` atau bertayamum, tetapi perlu diingat tidak harus bagi mereka berbuat demikin
kecuali setelah masuk waktu solat, kerana perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu adalah seperti orang yang berkekalan
hadas.
Jika seseorang perempuan
yang kedatangan darah istihadhah itu berlengah-lengah atau menangguhkan sembahyangnya tanpa sesuatu tujuan yang berkaitan
dengan sembahyangnya, maka tidaklah sah bahkan bathol wudu`nya itu dan wajib mengulanginya kembali.
Justeru itu, wajib bagi
perempuan yang kedatangan darah istihadhah itu memperbaharui wudu`nya pada tiap-tiap solat fardu, sekalipun solat fardu itu
dengan sebab nazar dan wajib juga ia tukarkan penyumbat atau lampin farajnya itu pada setiap kali sembahyang fardu walaupun
tidak keluar darahnya dari lubang faraj dan tidak meleleh ditepi farajnya itu. Ini kerana perempuan yang kedatangan darah
istihadhah itu adalah seperti hukum orang yang da`imul hadas (orang yg sentiasa berhadas).
.
bersambung di dalam tajuk DARAH HAID