An-Najwa ONLine
Home
Art & Calligraphy
Cerita Tauladan
Ahlissunnah Wal Jamaah
Persoalan Semasa
Persoalan fiqah wanita
Masa Hamil
DARAH ISTIHADHAH
DARAH NIFAS
DARAH HAID
Ilmu Usuluddin
Bicara Tasawwuf
Muqoddimah
Isu Semasa

Masaalah Haid

Soalan 1 :

 

Adakah keputihan yg keluar pada tempoh haid dikira dalam haid? 

Masalah: Normally saya memang ada keputihan, warnanya kekuningan dan adakala kehijauan. Ketika saya mengalami haid, kebiasaanya darah habis pada hari ke-7/ ke-8. Pada hari berikutnya, keputihan yg biasa saya alami itu akan keluar spt biasa

 

 

Jawapan :

 

Kebanyakkan Ulama berpendapat bahawa warna kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid jika kedatangannya bukan pada waktu haid .

 

Tetapi Jika kedatangannya pada waktu haid (tempuh 15 hari) maka dikira sebagai darah haid, ini merupakan pendapat yang paling sahih dikalangan fuqaha` Syafi`e. pendapat ini dipegangi oleh Said Al-Musayyab, `Ata`, Al-Thauri, Al-Auza`ei, Al-Hassan, Ibnu Sirin, Rabi`ah dan lain-lain lagi.

 

TAMBAHAN :

 

Ittifa` (sependapat) dikalangan Fuqaha` bahawa , Warna darah haid pada hari-hari kedatangannya setiap bulan adakalanya Hitam, merah, kuning, atau keruh (diantara warna hitam dan putih). Dan tidak diketahui waktu kering darah yg tersebut itu melainkan dengan cara memasukkan sesuatu seperti kain atau kapas kedalam faraj untuk melihat dan memerhatikan adakah bekas darah haid itu tadi atau tiada.

 

Mengenal Akhir Haid (Sucinya)

 

Cara mengenalnya ialah dengan memasukkan sesuatu umpama kapas kedalam lobang faraj dan seterusnya lihatlah samaada telah putih bersih.Warnanya seperti warna hingus yg jernih maka itulah tanda bahawa wanita itu telah suci dan wajib mandi.

 

 

(Ruj : Fiqah Mazahab Syafie Jilid 1Ms: 345/345, )

 

 

Soalan 2:

 

Saya pernah bertanyakan pada seorang Doktor wanita mengenai masalah saya ini, ia mengatakan keputihan itu tidak dikira haid sebaliknya penyakit..

 

 

Jawapan :

 

Jika keputihan itu berlaku bukan di dalam waktu haid maka ia bukan haid, tetapi jika mengiringi dan di dalam waktu haid maka ia adalah darah haid.

 

 

 

 

 

Soalan 3.

 

Tetapi bila saya rujuk pada keterangan Ustazah Salbiah dlm VCD berjudul "FIQH WANITA", lendir yg keluar selain warna putih selagi dlm tempoh haid dikira haid. Ini yg membuatkan saya musykil. Utk pengetahuan ustaz, adakalanya saya ambil pendapat doktor, dan adakala saya guna pendapat ustazah Salbiah.

 

Jawapannya :

 

Keterangan Ustazah Salbiyah itu benar dan anda seharusnya mengguna pakai pendapat beliau kerana berbetulan dengan syara, sementara pendapat Dr. itu perlu diperbetulkan dan dia sendiri perlu berlajar untuk membezakan yg mana dikira haid dan mana dikira penyakit.

 

 

Soalan4

 

Pada ceramah Ustaz di Desa Saujana Sg. Merab, Ustaz ada menerangkan solat yg wajib diqado' bagi wanita haid. Selama ini saya memang tak pernah tahu akan hukum tersebut bagi wanita haid.

 

Jawapan :

 

Telah sabit Ijma` Ulama bahawa gugur kefarduan sembahyang bagi wanita yang haid . Ibnu Munzir mengatakan ; Para Ulama telah berijma` bahawa kefarduan sembahyang gugur bagi wanita yang sedang haid dan mereka juga sependapat bahawa wanita yang haid tidak wajib mengqada`kan sembahyang-sembahyang yang telah ia tinggalkan sepanjang tempoh haid itu. ( Al-Ijma` Ibnu Munzir Ms:35, Al-Majmu` Jilid 2/Ms: 383. )

 

MASAALAH :-

 

Pertama :

 

Ulama Syafie telah berselisih pendapat (berkhilaf) dalam masaalah jika perempuan itu suci pada akhir waktu sembahyang :-

 

 

1) Pendapat yang terlebih soheh dlm mazahab syafie ialah : Jika wanita itu suci didalam waktu yang hanya sempat Takbiratul Ehram , maka wajib ia qada` sembahyang itu kerana dikira mendapat waktu sembahyang itu. (Soheh)

 

2) Pendapat kedua mengatakan tidak wajib keatas wanita haid menqadakkan sembahyang yang hanya sempat diperolehi sekadar waktu Takbiratul Ehram sahajanya. Bagi qaul ini mereka mensyaratkan bahawa wanita itu wajib qada` sembahyang jika mendapat kadar masa sekurang-kurangnya satu rakaat sembahyang.

 

Masaalah Dua :

 

1) Bagi wanita yang suci haidnya pada waktu isya` maka wajib diqada`kan solat waktu maghrib, dan bagi wanita yang suci haidnya waktu asar maka wajib di qada`kan sembahyang waktu zuhur . ini kerana ia dikira satu waktu sebab boleh dijama`kan sembahyang.

 

2) Jika sucinya pada waktu akhir isya` iaitu mendapat qadar masa Takbiratul Ehram , tetapi tidak sempat hendak menunaikan sembahyang kerana hal mandi wajibnya, maka wajib ia qada dua sembahyang iaitu isya` dan maghrib, begitu juga jika ia suci pada akhir waktu asar sekira-kira dapat kadar masa takbiratul ehram maka wajib ia qada`kan sembahyangb asar dan zuhur.

 

( Ruj : Al-Majmu` Jilid 3 Ms: 68, Mughni Al-Muhtaj Jilid 1 Ms: 131, Syarqawi Al- Syarhi Tahrir Jid:1 Ms:241, Ahkamu An-Nisa Ms:18. Darah-2 Istihadah,nifas & Istihadhah Ms: 40/41, Kifayatul Muhtadi jilid 1)

 

 

Soalan 5:

 

Perlukah saya mengqado' solat2 yg lepas? Bagaiman pula kalau saya tidak mengingati waktu solat yg tidak diganti itu?

 

Wajib mengqada` sekalian solat yang telah lalu itu dan wajib juga mengira berapa bilangan yg di yakini atau kuat dzon (sangkaan) akan jumlah  yang perlu di qada`kannya.

 

 

 Soalan 6 :

 

Apakah hukum rambut yg gugur & kuku yg dipotong ketika dlm haid? Wajibkah dibasuh dan ditanam?

 

Jawapan :

 

Hukum memotong rambut atau kuku semasa sedang haid adalah "Makruh" dan sunat pula hukumnya di basuh sekali ketika mandi wajib. ( Tidak wajib di basuh cuma sunat sahaja).

 

(Ruj : Al-Ustaz Daud Al-Kelantani)

 

Wallahu a`lam

 

P/S : Tolong sebarkan kepada kaum muslimah , ( Hendaklah bertolong-tolongan oleh sekalian kamu kepada perkara kebajikan dan ketaqwaan.)

 

 

Al-Muznib Al-Faqir

 

Amir Ali

--------------------------

Madrasah Al-Iman

Murideen@yahoo.com

Enter supporting content here